Al Mathurat Amalan Doa Pagi Dan Petang

Banyak kelebihan yang kita akan dapat jika kita mengamalkan bacaan Al mathurat pada setiap pagi dan petang. 

Amalan bacaan Al mathurat adalah satu sunnah yang sangat di tuntut. Sekarang sudah mudah jika kita tidak hafal Al – mathurat dan terlupa bawa buku doanya kita just boleh google guna phone lagi senang.  Kakma sendiri pun guna phone kerana kakma dah save siap siap gambar dalam phone. Jadi kakma kongsi di blog ni agar senang nak rujuk nanti dan dapat anda baca sama- sama.

Jom kita baca Al- mathurat sebelum tu kita baca dulu apa kelebihan yang kita akan dapat.

Kelebihan Mengamalkan Al-Mathurat

  • Tidak dihampiri syaitan
  • Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
  • Allah mencukupkannya dengan apa yang sangat diperlukan dari segi urusan dunia dan akhirat.
  • Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  • Selamat dari segala sesuatu.
    Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  • Diredhai Allah SWT.
  • Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  • Terhindar daripada syirik.
    Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  • Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  • Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  • Membacanya di waktu pagi akan dipelihara Allah SWT hingga ke petang. Siapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  • Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dari sudut zikir dan berdoa, dan pelbagai lagi kelebihan.

Al-Mathurat Sughra

 

 

 

 

 

Alhamdulillah sama-sama kita amalkan al mathurat.