Tanda Tanda Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut HFMD dan Cara Merawat HFMD

Tanda – tanda penyakit tangan , Kaki dan Mulut HFMD dan cara merawat HFMD. Sejak akhir-akhir ini banyak dilaporkan kes mengenai penyakit HFMD atau di kenali sebagai penyakit Tangan, Kaki dan mulut. Penularan penyakit HFMD ini sangat membimbangkan kerana penyakit HFMD ini senang berjangkit lebih lebih lagi di kalangan kanak- kanak.

INFO HMFD

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Tanda – Tanda penyakit HFMD

tanda tanda penyakit HFMD

Tanda-tanda virus amat kecil – seperti ada kudis lepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki. Anak anda juga boleh:

  • Mengalami sakit tekak
  • Demam ringan
  • Kelihatan keletihan dan tak bermaya
  • Ruam merah pada tangan dan kaki

Lepuh akibat penyakit ini amat menyakitkan. Malah, bayi yang dijangkiti HFMD mungkin tak mahu menyusu atau makan kerana kudis dalam mulut mereka yang sangat menyakitkan.

Tanda Tanda HFMD

HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan  yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan Virus ini sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my.

Kompilasi yang Mungkin Terjadi 

Beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh pesakit ini adalah

  • Dehidrasi: Ia selalu berlaku pada kanak-kanak kerana mereka akan menolak untuk minum ketika menghadapi penyakit ini. Ia disebabkan ulcer yang teruk di dalam mulut mereka
  • Meningoencephalitis: Jangkitan kuman pada otak dan selaputnya
  • Myocarditis: keradangan pada otot jantung
  • Mempunyai masalah penglihatan ataupun Buta. Ia disebabkan jangkitan kuman ini membentuk parut pada macula di bahagian retina mata. Tetapi ia sangat jarang berlaku

Oleh kerana itu, ibubapa perlulah melihat keadaan anak-anak mereka. Jika pesakit kurang sangat minum, asyik menangis, tidak bermaya dan apa-apa perkara yang merisaukan ibubapa, kanak-kanak perlulah dibawa segera berjumpa dengan doktor

Cara Merawat HFMD

Disebabkan penyakit kaki, tangan dan mulut ini merupakan penyakit yang disebabkan virus dan boleh baik dengan sendirinya, maka rawatan penyakit ini lebih kepada rawatan sokongan.

Bermaksud ia akan melibatkan rawatan yang akan membuatkan pesakit itu selesa ketika mana sedang menghidapi penyakit ini sehinggalah dia sembuh sepenuhnya.

Beberapa perkara yang perlu dibuat untuk menghadapi pesakit ini adalah:

  1. Perlu selalu memberi minum air. Ini kerana kita tahu terutamanya kanak-kanak akan kurang minum air ketika menghadapi penyakit ini. Ia boleh menyebabkan dehidrasi berlaku pada kanak-kanak. Maka, kanak-kanak perlu diingatkan untuk meminum air ataupun ibubapa sendiri yang perlu kerap memberi anak-anak mereka minum air.
  2. Ais krimVanila boleh mengurangkan sakit pada ulcer. Jika anak mempunyai ulcer yang teruk, pemberian aiskrim dapat mengurangkan sakit pada ulcer malah menggembirakan mereka. Disamping itu, pemberian air kosong boleh dilakukan ketika ini.
  3. Penggunaan ubat parcetamol boleh mengurangkan rasa sakit dan demam.
  4. Ibu bapa boleh menyapu krim bagi mengurangkan rasa tidak selesa pada badan kaki dan tangan anak anak.
  5. Ibu bapa boleh beri anak- anak makanan tambahan bagi menyokong sistem imun badan anak anak bagi melawan virus HFMD, antara suplemen yang di syorkan ialah Vitamin C , Nutriferon dan multivitamin bagi membantu meningkatka antibodi anak anak.
  6. Jika pesakit mempunyai simptom yang lebih teruk, ibubapa perlulah membawa anak mereka ke  Klinik ataupun hospital.
Suplemen untuk merawat HFMD

Saya ingin syorkan suplemen yang sangat membantu bagi mengatasi penyakit HFMD.

Nutriferon    –  Mengandungi 4 bahan aktif berasaskan tumbuhan yang telah  terbukti secara klinikal dan secara saintifik untuk menaikkan / BOOST ANTIBODY DAN SISTEM IMMUNITY badan manusia bagi melawan virus HFMD.

Krim Herbablend – Krim Herbal Blend Shaklee diperlukan untuk merawat kerengsaan / keradangan kulit akibat toksin yang dihasilkan oleh kuman ini. Kulit anak akan menjadi ruam dan melepuh. Krim Herbal Blend Shaklee mengandungi 4 herba yang terbukti secara turun temurun sangat berkesan untuk merawat ruam, luka, lepuh, ulcers dan eczema.

Mealshake – Merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk yang senang di minum oleh anak anak di samping  rasa vanila yang sangat menyelerakan.  Anak anak yang di jangkiti HFMD selalunya kurang selera makan jadi Mealshake sangat membantu meningkatkan selera makan anak2.

Vitalea for children – Multivitamin yang lengkap sangat penting bagi membantu anak2 cepat pulih dan membantu melengkapkan nutrisi yang kurang akibat tiada selera makan semasa di jangkiti HFMD

Omega Guard – Membantu mengurangkan keradangan pada kulit dan sakit tekak , Omega Guard ini adalah minyak ikan terbaik yang mengandungi EPA dan DHA yang membantu meningkatkan sistem imun badan, ia juga mampu mempercepatkan kesembuhan lepuh di bahagian mulut.

Bagaimana nak dapatkan Vitamin Di atas?

Cara (1):  Beli set HFMD secara online di laman eSell (klik sini). Set Immune Booster Shaklee akan dihantar terus oleh pihak Shaklee (M) selepas pembayaran diterima.

Cara (2): Hubungi saya di talian 0193624134 , untuk saya bantu anda buat pembelian, pendaftaran ahli untuk lebih penjimatan, dan pertanyaan lanjut. Jujurnya, saya lebih recommend cara no. 2 kerana lebih jimat bila daftar sebagai ahli Shaklee.

Jadual makan Set Immune Booster” akan diberikan eksklusif buat customer Vitamin Cinta