Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di khabarkan menghidap Kanser Hidung. Apa itu kanser hidung?
Kanser hidung ni kanser yang terjadi di kawasan yang dipanggil Nasopharynx. Nasopharynx ialah kawasan di belakang tekak ( selepas rongga hidung, dan berhampiran dengan dasar tengkorak — rujuk gambar anatomi). Sel sel yang melaputi kawasan nasopharynx ini boleh bertukar menjadi sel kanser, dan terjadilah kanser nasopharynx.
Dalam istilah medical, ia dipanggil Nasopharyngeal Cancer, atau NPC.
NPC ialah kanser ke 5 yang biasa terjadi di Malaysia ( setelah kanser buah dada, kanser usus besar, kanser paru paru & kanser pangkal rahim, cervical cancer)
FAKTOR RISIKO NPC
Genetic factor:
NPC adalah rare di Barat. Namun ia sangat biasa di kawasan Selatan China ( Southern China), di Asia Tenggara, dan Utara Afrika. Utk kita di Malaysia, NPC paling biasa di jumpai buat mereka yang berketurunan Cina. Dan kaum Bidayuh di Sarawak juga di dapati berisiko untuk menghidap NPC berbanding kaum lain.
Virus factor:
Kajian mendapati, jangkitan sejenis virus yg dinamakan Epstein Barr Virus, EBV meningkatkan risiko NPC. Namun bukan semua yang pernah dijangkiti EBV akan develop NPC. Saintis percaya ada antara mereka yg dijangkiti EBV, telah diganggu DNA sel nasopharynx mereka.
Environmental factor (Persekitaran):
– Merokok, alcohol.
– Gemar ,makan ikan & sayur yang di awet, seperti ikan masin, sayur jeruk. Makanan sebegini mengandungi bahan yang dipanggil Nitrosamines, yang mana nitrosamine ialah Carcinogen. Apa itu carcinogen? Carcinogen ialah bahan yang berupaya mengakibatkan kanser.
Ada juga kajian menunjukkan kurang Vitamin C memainkan peranan.
– Occupational exposure, yakni pendedahan di tempat kerja seperti habuk kayu, asap, pun main peranan.
Umur & Jantina:
– NPC biasa terjadi sekitar uur 30 – 50 tahun.
– Nisbah pesakit lelaki : perempuan ialah 3: 1
APA SIMPTOM NPC?
– Simptom paling biasa ( sekitar 60%) ialah benjolan di leher. Yang bengkak / benjol ini ialah biji kelenjar yang membengkak. Dan benjolan ini tidak sakit. Jadi, kalau ada apa apa benjolan di kawasan leher yang tak surut selepas 2 – 3 minggu, sila rujuk doktor ASAP.
– Simptom lain yang mewakili 30% simptom ialah simptom berkaitan hidung, antaranya:
* Hidung berdarah
* Hidung tersumbat yang makin teruk hari ke hari
* Darah dalam air liur / kahak
* Kurang deria bau
– Simptom simptom lain antaranya ialah simptom pada telinga seperti sakit dalam telinga / kurang pendengaran / bunyi berdesing dalam telinga.
– Boleh juga ada simptom yang umum seperti sakit kepala, sakit pada muka, sakit sekitar mata, penglihatan terganggu. Simptom2 umum ini selalunya terjadi bila ia melibatkan saraf yang ditekan oleh kanser.
BAGAIMANA NPC DI DIAGNOS?
Pesakit perlu rujukan ke pakar ENT. Biopsi tisu akan di ambil dan dikaji di makmal. Selanjutnya memerlukan test lain seperti CT Scan / MRI.
RAWATAN NPC
NPC sangat sensitif pada rawatan radioterapi, maka radioterapi ialah rawatan yang menjadi pilihan utama. Namun ada kes yang memerlukan juga chemotherapy. Pembedahan agak jarang dilakukan.
PROGNOSIS
Prognosis NPC adalah sangat cerah kalau NPC di kesan & di rawat pada peringkat awal. Kadar utk hidup 5 tahun selepas di diagnos ( 5 years survival rate) adalah tinggi sekitar 80 – 90%.
Kredit : perkongsian dari FB Doktor Khairul Faizie