Cara Jemput Hidayah Yang Perlu Kita Amalkan

Selalu dengar orang mengeluh dan beri alasan bila ditanya, bila nak berubah ke arah lebih baik? Ramai yang menjawap dan beri alasan belum dapat Hidayah.Hidayah perlu di tunggu ke? atau kita yang perlu cari?

Saya selalu cakap dengan diri sendiri “Maisarah Hidayah tidak akan datang sendiri, tak akan datang bergolek dan orang lain tak akan datang bawa hidayah, kalau bukan kerana kita cari sendiri dan pasti ALLAH akan bagi kita petunjuk dan hidayah”.

CARA JEMPUT HIDAYAH

1) Ubah Cara Hidup

Sebagai orang islam kita yang harus cari Hidayah apa
yang kita boleh buat untuk menjemput Hidayah ialah tukar cara hidup atau minat kita dan pilih dengan siapa kita perlu bergaul. Salah satunya kalau biasa dengar radio yang banyak hiburan bertukarlah ke radio yg boleh beri ilmu contohnya saya suka dengar IKIM, kalau sebelum ni suka tgk TV yang banyak hiburan, banyak gelak tukarlah ke channel TV AL HIJRAH atau Oasis,  kalau sebelum ini suka LIKE page yang banyak hiburan, cuba lah LIKE page yang boleh memberi kita ilmu agama, follow IG mereka yang mengajak kita mendekati ALLAH.
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sebelum ia mengubahnya sendiri”

2) Berdoa

Dalam hadits Qudsi yang shahih, Allah Ta’ala berfirman: “Wahai hamba-hamba-Ku, kalian semua tersesat kecuali orang yang Aku beri petunjuk, maka mintalah petunjuk kepada-Ku niscaya Aku akan berikan petunjuk kepada kalian”
Hadis di atas menjelaskan yang kita perlu mohon dan berdoa  kepada ALLAH supaya sentiasa diberikan Hidayah. Bila kita istiqamah InsyALLAH, ALLAH akan hadirkan petunjuk buat kita. (pesanan ini buat diri saya sendiri yang sentiasa alpa, saya bukan baik tapi saya sedang berusaha untuk menjadi lebih baik).

3) Mendekatkan diri Kepada ALLAH

Mendekatkan diri kepada ALLAH dengan sentiasa melakukan ibadat wajib dan juga ibadat sunat. Mesti jaga solat 5 waktu, jaga waktu solat jangan solat akhir waktu , kalau kita sendiri tidak menjaganya macam mana hidayah nak datang kan. Biasakan diri solat sunat seperti solat hajat dan taubat , bersihkan diri kira agar senang hidayah dan petunjuk akan datang. Belajar solat di masjid , paling tak pun solat subuh, magrib dan isyak.
4) Membaca Al quran

 

Selalulah baca al quran dan maknanya agar kita lebih faham apa yang isi kandungan Al-quran sesungguhnya Al quran itu rujukan kita untuk selamat di dunia dan akhirat. Ingat tak kisah bagaimana saidana Umar yang begitu garang sebelum islamnya tetapi mendapat hidayah daripada ALLAH setelah mendengar adiknya membaca al quran iaitu surah Taha, jadi untuk lembutkan hati kita atau hati mereka2 di sekeliling kita amalkan lah membaca surah Taha dan yakinlah ALLAH lah pemilik hati hati kita.
5) Melakukan amalan Sunnah
Sentiasa mengamalkan amalan sunnah yang sangat di tuntut dalam amalan harian kita, sesungguhnya Rasulullah meninggalkan 2 perkara kepada kita yang mana jika kita pegang 2 perkara ini kita akan selamat di dunia mahupun di akhirat iaitu al quran dan sunnah. Jika kita amalkan sunnah mana mungkin kita tidak akan mendapat petunjuk sesungguhnya ALLAH itu maha pemurah dan maha mengasihani.
Semoga perkongsian cara jemput hidayah ini bermanfaat buat anda yang membacanya dan untuk ingatan saya sendiri yang sentiasa alpa dan pelupa, semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk daripada ALLAH dan berada di dalam lindungan dan Rahmat ALLAH selalu.

Apa Perlu Buat Bila diSengat Tebuan

Pernah kena sengat tebuan? Moga kita semua di jauhkan, tapi amat penting kita ambil tahu apa perlu di buat bila seseorang disengat tebuan. Kakma nak kongsikan perkongsian yang di tulis oleh seorang doktor yang kakma follow di Fb. Beliau berkongsi apa perlu di lakukan jika seseorang itu disengat tebuan.

Apa perlu buat bila disengat tebuan

1) Mula mula bila disengat tebuan, cabut penyengat yang terpacak di kulit, jika ada. Kalau tak boleh cabut, terus jumpa doktor.
2) Basuh kawasan yang disengat dengan air dan sabun.
3) Tuam dengan ais ( cold compress ).
Utk sengatan yang kecil / satu, kadangkala tak perlukan sebarang rawatan khusus pun. Cuma perlu pantau. Kalau sakit kuat / bengkak teruk/merah kulit, terus jumpa doktor.
Kalau di sengat di kaki / tangan, tinggi kan anggota yg di sengat ( elevate) utk cepat surutkan bengkak.

Majoriti yang di sengat tebuan atau lebah, tidak perlu risau dengan tindak balas alahan. Ramai yang menyangka mereka develop alahan pada sengatan tebuan.

3 tindakbalas bila disengat Tebuan

1) Normal response.
2) Large local reaction
3) Systemic allergic reaction ( anaphylaxis )

Untuk Normal Response, tempat yg di sengat akan terasa sakit, bengkak sikit, kulit jadi merah. Ini normal.

Untuk Large Local Reaction, akan ada bengkak yang melangkaui tempat asal di sengat, Contohnya, di sengat di buku lali, tapi bengkak sampai ke betis, peha. Ini masih di anggap normal reaction, cuma besar lah reaction nya ( large). Ini bukan tindak balas alahan ( anaphylaxis). Tak perlu risau.

Untuk kedua dua respon ini, antara rawatan yg di beri antaranya ialah painkiller, ubat utk susutkan bengkak, dan juga antihistamine utk kurangkan gatal kulit. Kadangkala, tengok kes, memerlukan ubat steroid juga utk cepat redakan keradangan ( inflammation ).

Untuk Systemic Allergic Reaction, atau dipanggil ANAPHYLAXIS , ini ialah medical emergency. Segera jumpa doktor.

Simptom simptom anaphylaxis 

– Bengkak pada lidah, bibir, mata.
– Suka bernafas
– Rasa tercekik
– Ruam merah yang amat gatal dan merebak besar sangat menjangkaui kawasan sengatan.
-Nadi laju
– Rasa mual / muntah
– Rasa pening / pitam

sumber FB : DR

9 AKTIVITI YANG BOLEH BUATKAN BAYI BAHAGIA

Bukan kita je nak bahagia bayi pun nak bahagia? apa yang boleh buatkan bayi bahagia? Kakma nak kongsikan 9 aktiviti yang boleh buatkan bayi bahagia. Kakma sendiri dah amalkan cara ni memang menjadi. Seronok sangat bila tengok bayi kita gembira dan ketawa..kalau balik kerja walau letih tapi bila tengok anak kita senyum ketawa rasa hilang semua penat.

9 aktiviti yang boleh buatkan bayi bahagia  

 1. Panggil Namanya

Walaupun masih bayi jika kita selalu panggil nama mereka lama2 mereka akan beri respon.Lagipun bila kita panggil nama sama kita mendoakan bayi kita, sebab tu penting kita bagi nama yang elok buat bayi kita.
Ketika berusia 7 bulan bayi begitu gembira apabila ada seseorang berbual dengan mereka dan selalunya bayi akan beri respons dengan gumaman.

dah kenal nama sendiri, masa ni umur 5bln

2. Bermain bersama

Selalunya bayi 7 bulan ke atas dah pandai bermain.Cuba ajak bayi anda bermain ba-ba-cak dengan gaya menutup muka dengan tangan dan buka, pasti bayi kita akan tersenyum.Bayi kakma Mujahid suka sangat sampai dia yang ajak kita bermain.Kakma selalu buat kat dinding bilik, sampaikan kakma tengah solat pun dia ajak bermain ba-ba-cak..seronok dengar Mujahid gelak.Bahagia sangat.Kita juga boleh guna kain2 nipis tutup muka bayi dan tarik sambil sebut ba-ba-cak…mesti bayi akan gelak dan tersenyum.
Suka sangat kalau dapat main ba-ba-cak


3. Bercerita

Selalu bercerita semasa buat apa2 aktiviti bersama bayi kita, contohnya semasa salin lampin bayi, mandikan atau memakaikan pakaian.
Semasa tukar lampin kakma selalu cakap “jom sayang pakai pampers dulu, nanti kita pakai baju cantik, nanti kita boleh pergi jalan2.”
Semasa pakaikan baju kakma selalu cakap “kita pakai tangan kanan dulu baru kiri nanti dapat pahala”.
Jika kita selalu bercerita bayi pun boleh belajar kosa kata, sebolehnya elak daripada menggunakan bahasa pelat (bahasa bayi) gunakan bahasa sempurna.
 

4. Keluar Rumah

Selalulah bawa bayi keluar dari rumah untuk melihay dan merasakan indahnya persekitaran di luar rumah.Kakma selalu perhatikan setiap kali keluar rumah walau keluar untuk ambil anak2 dari sekolah Mujahid seronok sangat.Jika bayi kita belum boleh berjalan, kenalkan bayi dengan angin, bau udara sekitar atau aroma seusai hujan.Boleh juga kenalkan bayi dengan bentuk kenderaan dan bunyi.Bagi bayi yang dah boleh berjalan boleh bawa berjalan atas rumput, pasir dan air.Menapak di lantai mereka dah biasa,tapi kalau dirumput atau pasir menjadi luar biasa baginya.

Seronok sungguh Mujahid dapat bermain kata luar rumah

5. Bebas Menjelajah

Bermain mainan bersifat pembelajaran memang bagus untuk menjadikan bayi pintar tapi bukan bererti hanya mainan tersebut yang boleh buat bayi pintar. Kita perlu biarkan bayi bebas eksporasi apa pun yang ada sekeliling bayi kecuali barang2 yang membahayakannya .Biarkan bayi bermain dengan cara mereka sendiri. Tapi kalau main macam kat bawah ni ibu2 perlu lah bersabar sedikit.

Suka sangat dia dapat sepahkan kain baju yang ummi dah lipat

6. Matikan Televisyen

Jika kita matikan televisyen masa bermain, berkomunikasi dan beraktiviti dengan bayi akan lebih banyak. Pilihlah aktiviti yang boleh dilakukan bersama bagi merangsang perkembangan otak bayi.
 

7. Berikan Sokongan

Jika bayi anda dapat buat apa2 puji mereka, bayi akan rasa di hargai oleh ibu bapa.Contohnya kakma selalu beri 1 bekas dan minta Mujahid kutip lego masukkan dalam bekas tersebut dan bila mujahid berjaya masukkan kakma akan tepuk tangan lama2 Mujahid pun dah pandai tepuk tangan sendiri.Cara ini akan buatkan bayi kita membesar menjadi anak yang berani dan yakin diri.Selain bagi sokongan kita juga perlu bagi cadangan dan bagi contoh yang betul.
Hari2 tangok ummi tulis slip pos dia pun sibuk nak tulis  juga

8. Bacakan Buku

Bila kita selalu bacakan buku ia bagus untuk buat bayi kita membesar nanti cintakan buku.Bacakan buku dengan nada yang sesuai dengan bayi kita.Ia akan membuatkan bayi kita belajar bunyi asas, pola dan ritma suara daripada cara kita membaca dan belajar mendengar aneka suara untuk pelbagai karakter. Aktiviti ini juga mampu mengasah anak mendengar dan mengigat.
Kakak ajar Mujahid huruf hijaiyah
Mujahid belajar dengan Abang dan Kakak

9. Tidur Siang

Bayi yang baru lahir sehingga usia y bln tidur sekitar 75% atau 18 – 20 jam sehari. Bayi perlu waktu tidur yang secukupnya bagi proses perkembangan fizikalnya.Ketika bayi berusia 6 bln waktu tidurnya berkurang sekitar 12- 15 jam sehari ini terjadi akibat perasaan ingin tahu untuk eksplorasi.Tapi kita perlu pastikan waktu rehat dan tidur siang secukupnya.Kakma memang perhatikan jika ada ramai berkumpul memang mujahid tahan mata tak nak tidur kerana seronok bermain.
Seeloknya jangan ganggu bayi saat sedang tidur siang ini kerana bayi yang kurang tidur siang akan lebih mudah meragam. 
Lena tidur
pantang masuk kereta dapat econ tidur
Ini lah 9 aktiviti yang boleh buatkan bayi bahagia, anda bolehlah cuba lakukan bersama bayi anda. Harap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibumuda terutamanya yang baru saja mendapat cahaya mata pertama.
happy sharing
 

RISIKO AMALAN PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT PUNCA KECACATAN JANIM DALAM KANDUNGAN

Tidak di nafikan risiko amalan pemakanan yang tidak sihat punca kecacatan janim dalam kandungan.Jadi setiap ibu harus pandai memilih apa yang boleh dan tidak boleh di makan semasa kehamilan dan seeloknya sebelum kehamilan lagi ibu perlu ambil peduli. Ini kerana setiap pemakanan yang tidak sihat memberi kesan kepada kandungan. Setiap ibu bapa mengharapkan bayi yang bakal dilahirkan cukup sifat dan sihat.Jadi Ibu harus menjaga amalan pemakanan sejak awal lagi.

 

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan dari kecacatan janim.


Makan Makanan Sihat
Kita perlu makan makanan yan sihat ini kerana kita adalah apa yang kita makan.Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang amat diperlukan oleh tubuh. Setiap hari kita perlu mengambil makanan berupa karbohidrat, sayuran, susu, protin.

Ambil Asid Folik
Ia penting diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil dan teruskan sehingga bersalin. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan dan semasa kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.Info lanjut tentang risiko kekurangan asid folik boleh baca di sini

Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya kita berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang kita kandung lahir dengan berat badan yang kurang dan berisiko besar untuk cacat.


Elakkan Alkohol
Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol  yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.Lagipun sebagai Islam agama kita sangat melarang kita mengambil alkohol dan hukumnya haram.

Ikut Nasihat Doktor
Jika kita perlu mengambil apa-apa ubatan kita harus mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Mengikut kajian ini membuktikan amalan pemakanan tidak sihat menjadi punca kecacatan janim di dalam kandungan. Oleh itu kita perlu menjaga amalan pemakanan kita dan perlu membuat pemeriksaan kandungan di klinik mengikut masa yang ditetapkan agar tiada masalah yg terjadi.
Jika anda mencari makanan tambahan semasa hamil bagi melengkapkan nutrisi harian anda boleh baca di sini.