GASTROCOLIC REFLEX

Majoriti kita punyai rutin berak yang normal, selalunya setiap pagi masa mandi pagi akan membuang juga.

Namun ada orang yang perlu makan sarapan dulu. Lepas sarapan 1/2 jam ke sejam, mula lah dia rasa nak berak. Datangnya urge nak membuang. Perut dah rasa memulas sikit.
Pernah terfikir itu perkara normal ke tidak?

Jawapannya, ia perkara normal.
Ia tindakbalas fisiologi manusia.
Ia dipanggil GASTROCOLIC REFLEX.

Gastrocolic reflex ialah satu bentuk refleks yang akan mengaktifkan pergerakan usus setelah perut di isi dengan makanan. Apabila dinding perut mengembang di isi dengan makanan, akan tercetus satu tindakbalas kompleks yang melibatkan hormon & saraf, yang mana hasil tindakbalas ini akan merangsang usus untuk mula bergerak ( gut motility ).
Usus yang mula bergerak akan menolak isinya iaitu najis ke bahagian akhir usus besar ( rectum), maka akan tercetus rasa nak berak.

Gastrocolic reflex akan lebih aktif dalam 2 keadaan:

1) Selepas makan
2 ) Pada waktu awal pagi

Oleh kerana kita faham tentang reflex fisiologi ini, maka kita gunakan ia untuk mengatur tabiat membuang air kita. Mereka yang sukar nak membuang waktu pagi, boleh cuba bersarapan awal di rumah, dengan harapan anda akan berak sebelum ke ofis. Tapi pastikan anda ambil sarapan betul betul awal pagi so that ada masa bertenang menunggu gastrocolic reflex datang, di rumah. Kalau dah lewat sarapan, maka ada harapan anda akan mencari stesen minyak semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.
Dan kita gunakan ilmu tentang reflex ini untuk elak ada rasa nak membuang. Contohnya anda memang tahu tabiat berak anda akan tiba lepas sarapan, so kalau pagi itu ada urusan amat penting & tak mahu diganggu dengan rasa nak ke toilet, maka tak perlulah makan sebelum interview, contohnya. Maybe take a light breakfast, bukan melantak nasik lemak paru.

Untuk melatih anak anak ada rutin berak yang teratur pun, kita boleh guna ilmu tentang Gastrocolic reflex ini. Biasakan anak utk cuba berak pada waktu pagi, jika tak boleh, kita biasakan mereka ambil sarapan awal, dan harapnya mereka akan settle membuang pagi tu juga. ( Yang paling penting ialah faktor diet seimbang – air yg cukup + sayur + buah . Tanpa diet yang betul, Gastrocolic reflex tak akan berkesan ).

Mereka yang terlebih aktif Gastrocolic reflex nya, akan alami simptom seperti berikut:

  • Terasa cepat sangat / kuat sangat perasaan nak membuang air besar
  • Perut memulas mulas selagi belum ke toilet
  • Rasa kembung / bloated
  • Rasa tak puas selepas berak

Penyakit yang paling biasa dikaitkan dengan Gastrocolic reflex yang terlampau aktif / sensitif ialah IBS , IRRITABLE BOWEL SYNDROME. IBS ni ada 2 jenis, iaitu terlampau kerap / mudah nak membuang ( IBS – D . D itu merujuk pada diarrhea) & yang sukar membuang ( IBS – C . C itu merujuk pada constipation).
Dalam post yang lain Insya Allah aku akan terangkan pasal IBS ini. Ianya satu penyakit yang common, yang bawa masalah pada ramai orang.

(Perkongsian dari Doktor Khairul Faizie)

Jika anda ada masalah susah membuang Kakma sangat syorkan anda amalkan Herblax ianya bagus untuk merangsang pembuangan secara semulajadi dan detox Usus anda. Kandungan dalam Herblax adalah dari sumber semulajadi iaitu Jintan manis , Daun inai , Daun Alfalfa dan banyak lagi herba yang sangat berkhasiat.

Nak dapatkan Herblax ni? boleh hubungi kakma Wasap

SHAKLEE Independent DistributorMaisarah (ID 887111)

FB: Mai md saupi

No Tel: 019-3624134

Email: kmshop143@gmail.com

COD area: Seluruh Kuala lumpur, kg padang balang, sentul , bandar baru sentul ,dato senu , jalan gombak , setapak ,gombak setia.